Isi Kandungan
Pengenalan
Tahlil ringkas ringkas sering dilakukan oleh sebahagian umat Islam di Malaysia untuk mendoakan orang yang telah meninggal dunia. Biasanya majlis tahlil dilakukan pada hari pertama
kematian hingga ke hari ketujuh. Oleh sebab bacaan tersebut bukan dari amal dan usaha si mati, ramai orang menganggap bahawa amalan tersebut tidak sampai atau tidak diterima oleh Allah
dan Rasulullah S.A.W tidak pernah mensyariatkan umatnya untuk menghadiahkan bacaan alQuran kepada orang yang telah mati. Apa itu tahlil ringkas? Jom kita huraikan.
Tahlil Ringkas
Tahlil ringkas adalah bacaan tahlil merupakan satu set amalan untuk umat Islam beramal bagi memberi sedekah pahala bacaan tersebut kepada roh orang yang sudah meninggal dunia. Sedekah boleh diberikan untuk semua roh orang yang sudah meninggal dunia atau dikhususkan nama mereka ketika dimulakan bacaan dan ketika berdoa. Majlis tahlil ringkas terdiri daripada bacaan surah AlQuran, zikir, selawat, istighfar, tasbih dan doa.
Apakah Hukum Memberi Sumbangan Untuk Majlis Tahlil Arwah?
Amalan membaca yasin, tahlil dan kenduri arwah seperti yang diamalkan oleh masyarakat Islam kita di Malaysia merupakan salah satu daripada permasalahan khilafiah. Berkenaan isu ini, Mesyuarat Panel Kajian Syaria h (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 23 – 25 Februari 2006 telah bersetuju memutuskan bahawa: Amalan membaca yasin, tahlil dan kenduri arwah merupakan perkara khilafiah yang tidak perlu diperbincangkan secara meluas kerana ia boleh mencetuskan kekeliruan dan perpecahan masyarakat. Mesyuarat mengesyorkan supaya JAKIM, JAIN dan Jabatan Mufti memperbanyakkan agenda penerangan kepada masyarakat secara menyeluruh mengenai isu khilafiah dengan pendekatan secara hikmah melalui penulisan, terjemahan buku, khutbah, kurikulum program takmir masjid dan wacana. JAKIM dengan kerjasama agensi berkaitan hendaklah memberi teguran kepada individu-individu tertentu supaya isu khilafiah ini tidak diperbesarkan.
Amalan tahlil merupakan gabungan antara bacaan ayat dan sur ah daripada AlQuran, zikir kepada Allah SWT yang merangkumi tasbih, tahmid, takbir dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta memberi makan kepada orang ramai. Semua perkara tersebut merupakan amalan yang disyariatkan di dalam Islam. Kami meraikan adat setempat yang telah diamalkan oleh masyarakat Islam di sini sejak sekian lama. Maka, kami menerima pengamalan tersebut selagimana amalan tersebut tidak mengandungi perkara yang bertentangan dengan syariat Islam dan dilaksanakan dengan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Disamping itu, amalan memberi sumbangan kepada penganjur tahlil pada asalnya adalah juga diharuskan. Walaubagaimanapun, terdapat amalan menetapkan sumbangan yang tertentu untuk nama-nama arwah yang diberikan kepada penganjur majlis tahlil, ia jelas berlainan daripada amalan asal tersebut. Ini kerana penetapan jumlah tertentu untuk nama-nama arwah akan menyebabkan seolah-olah berlakunya akad jual-beli antara penyumbang dan penganjur majlis tahlil tersebut.
Kesimpulan apa itu tahlil ringkas.
Oleh itu, kami berpandangan bahawa amalan memberikan sumbangan untuk majlis tahlil dengan harga tertentu bagi nama-nama arwah adalah harus dengan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan di atas. Disamping itu, hendaklah juga majlis tahlil yang dilaksanakan tersebut tidak mengandungi perkara-perkara yang menyalahi syari’at Islam. Semoga Allah SWT sentiasa memberi taufiq dan hidayah kepada kita untuk terus melaksanakan amal soleh dan ketaatan kepada-Nya.
Anda ingin membuat Majlis Tahlil tapi ada masalah disebabkan pandemik Covid? Jangan risau Ezy-Tahlil sedia membantu untuk menguruskan majlis tahlil secara atas talian di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Isikan maklumat pada borang permohonan atau whatsapp kami untuk dapatkam maklumat yang lebih lanjut.