Tahlil Arwah

Tahlil Arwah

Pengenalan

Tahlil Arwah adalah amalan di mana bacaan yassin dan kenduri arwah seperti yang diamalkan oleh masyarakat Islam kita di Malaysia. Majlis tahlis boleh disempurnakan oleh sesiapa sahaja yang ingin melaksanakan bagi pihak arwah. Namun Menurut Kamus Dewan, kenduri arwah diertikan kenduri untuk memperingati ( mendoakan ) orang yang telah meninggal.

Tahlil Arwah

Kebaikan Pahala Bagi Si Mati

Soalan:

Apabila seseorang itu mati, maka terputus pahala amalannya melainkan tiga perkara iaitu ilmu yang bermanfaat yang diajar kepada orang lain, sedekah jariah dan doa anaknya yang soleh. Jadi apakah ini bermakna menghadiahkan pahala tahlil kepada si mati tidak sampai pahala kepada si mati kerana ia tidak masuk ketiga-tiga perkara itu?

Jawapan:

Dalam satu hadith sahih disebutkan:

Sesungguhnya setiap yang bernyawa pasti akan mati. Mati adalah terputusnya perhubungan di antara roh dan jasad dan detik permulaan menuju ke akhirat. Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam surah Ali-Imran ayat 185:

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيٰمَةِ ۖ…

صدق الله العظيم

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu”

Ketahuilah, apabila berlaku kematian akan terputuslah segala amal kebajikannya, kecuali tiga perkara, pertama sedekah jariah, kedua ilmu yang bermanfaat dan doa daripada anak yang soleh. Ini jelas sebagaimana hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wassallam:

عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال، إذا مات الإنسان إنقطع عنه عمله إلا ثلاثة صدقة جارية أو علم ينتفع به أو ولد صالح يدعوله {رواه إمام مسلم}

Maksudnya:

Daripada Abu Hurairah Radiallahu Anhu, bahawasanya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam bersabda: Apabila seseorang meninggal dunia, maka terputuslah segala amalnya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakan kedua orang tuanya.

Rumusan Tahlil Arwah

Kesimpulannya, kebaikan berdasarkan beberapa mazhab bagi tahlil itu luas, maka dapatlah disimpulkan bahawa hukum melakukan kenduri arwah adalah harus jika ia dilakukan dengan kerelaan dan keikhlasan ahli keluarga atau waris kepada masyarakat umum. Untuk keterangan lanjut, hubungi atau whatsapps Ezytahlil untuk urusan pantas.

 

 

 

 

 

 

ARTIKEL BERKAITAN

panduan doa tahlil lengkap

Panduan Doa Tahlil Lengkap

Pengenalan Panduan doa tahlil lengkap ini adalah bersumberkan dari Kitab Majmu’ Syarif. Semoga susunan zikir, tahlil, dan doa tahlil berikut ini dapat bermanfaat bagi pembaca

Info Lanjut »
YASSIN DAN TAHLIL

Yassin Dan Tahlil

Pengenalan Membaca Yassin dan tahlil merupakan amalan zikir dan doa yang sentiasa dilakukan oleh orang Islam pada malam jumaat mahupun ketika ada kematian orang-orang terdekat.

Info Lanjut »
DOA TAHLIL ARWAH

Doa Tahlil Arwah

Doa Tahlil Arwah Disini diterangkan mengenai pahala bagi doa tahlil kepada si mati dan menjelaskan yang sedekahkan doa tahlil pada arwah adalah perkara yang baik

Info Lanjut »
× Perlukan Bantuan ?