panduan doa tahlil lengkap

Panduan Doa Tahlil Lengkap

Pengenalan

Panduan doa tahlil lengkap ini adalah bersumberkan dari Kitab Majmu’ Syarif. Semoga susunan zikir, tahlil, dan doa tahlil berikut ini dapat bermanfaat bagi pembaca sekalian. Dianjurkan mengadakan majlis bacaan tahlil dan doa arwah sebagai menghadiahkan pahalanya kepada si mati.

1. Mulakan dengan ayat pembuka Al-Fatihah.

Panduan doa tahlil lengkap 1

Maksudnya : Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Untuk yang terhormat Nabi Muhammad SAW, segenap keluarga, dan para sahabatnya. Bacaan Al-Fatihah ini kami tujukan kepada Allah dan pahalanya untuk mereka semua. Al-Fatihah

2. Membaca Al-Fatihah

Panduan doa tahlil arwah

Maksudnya : Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta Alam. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang Menguasai hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami Sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) mereka yang sesat.

3. Baca Surah Al-Ikhlas 3 kali

Maksudnya : Dengan menyebut nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Katakanlah, ‘Dialah yang maha esa. Allah adalah tuhan tempat bergantung oleh segala sesuatu. Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan. Dan tidak ada seorangpun yang setara dengan-Nya.

4. Seterusnya Tahlil dan Takbir

Maksudnya : Tiada tuhan yang layak disembah kecuali Allah. Allah maha besar.

5. Membaca Surah Al-Falaq

Panduan 5

Maksudnya : Dengan menyebut nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Katakanlah, ‘Aku berlindung kepada tuhan yang menguasai waktu subuh dari kejahatan makhluk-Nya. Dari kejahatan malam apabila telah gelap gelita. Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan);. Dan dari kejahatan orang-orang yang dengki apabila ia mendengki

6. Mengucapkan tahlil & takbir

Maksudnya : Tiada tuhan yang layak disembah kecuali Allah. Allah maha besar.”

7. Membaca Surah An-Nas

Maksudnya : Dengan menyebut nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.”Yang Menguasai sekalian manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia

8. Mengucapkan tahlil & takbir

Maksudnya : Tiada tuhan yang layak disembah kecuali Allah. Allah maha besar.”

9. Membaca surah Al-Fatihah

Panduan doa tahlil arwah

 

Maksudnya : Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta Alam. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang Menguasai hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami Sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) mereka yang sesat.

10. Membaca ayat awal surah Al-Baqarah

panduan 10

Maksudnya : Dengan menyebut nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Alif lam mim. Demikian itu kitab ini tidak ada keraguan padanya. Sebagai petunjuk bagi mereka yang bertakwa. Yaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan shalat, dan menafkahkan sebagian rezeki yang kami anugerahkan kepada mereka. Dan mereka yang beriman kepada kitab Al-Qur’an yang telah diturunkan kepadamu (Muhammad SAW) dan kitab-kitab yang telah diturunkan sebelumnya, serta mereka yakin akan adanya kehidupan akhirat. Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari tuhannya. Merekalah orang orang yang beruntung

11. Seterusnya Al-Baqarah ayat 163

Maksudnya : Dan Tuhan kalian adalah Tuhan yang maha esa. Tiada tuhan yang layak disembah kecuali Dia yang maha pengasih lagi maha penyayang

12. Seterusnya membaca Ayat Kursi (Surah Al-Baqarah ayat 255)

Maksudnya : Allah, tiada yang layak disembah kecuali Dia yang hidup kekal lagi berdiri sendiri. Tidak mengantuk dan tidak tidur. Milik-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberikan syafa’at di sisi-Nya kecuali dengan izin-Nya. Dia mengetahui apa yang ada di hadapan dan di belakang mereka. Mereka tidak mengetahui sesuatu dari ilmu-Nya kecuali apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dia tidak merasa berat menjaga keduanya. Dia maha tinggi lagi maha agung.

13. Seterusnya Al-Baqarah ayat 284-286

 

Maksudnya :

Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya”. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali”.

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.

(Surah Al-Baqarah ayat 284-286).

ARTIKEL BERKAITAN

YASSIN DAN TAHLIL

Yassin Dan Tahlil

Pengenalan Membaca Yassin dan tahlil merupakan amalan zikir dan doa yang sentiasa dilakukan oleh orang Islam pada malam jumaat mahupun ketika ada kematian orang-orang terdekat.

Info Lanjut »
DOA TAHLIL ARWAH

Doa Tahlil Arwah

Doa Tahlil Arwah Disini diterangkan mengenai pahala bagi doa tahlil kepada si mati dan menjelaskan yang sedekahkan doa tahlil pada arwah adalah perkara yang baik

Info Lanjut »
TAHLIL RINGKAS

Cara Daftar Tahlil Ringkas

Cara Daftar Tahlil Ringkas Melalui EzyTahlil Ikuti artikel cara daftar tahlil ringkas melalui Ezytahlil seperti berikut: Bermulanya pada tahun baru 2022 satu perkhidmatan pengurusan majlis

Info Lanjut »
× Perlukan Bantuan ?