YASSIN DAN TAHLIL

Yassin Dan Tahlil

Pengenalan

Membaca Yassin dan tahlil merupakan amalan zikir dan doa yang sentiasa dilakukan oleh orang Islam pada malam jumaat mahupun ketika ada kematian orang-orang terdekat.

Yassin

Surah Yasin (سورة يس) adalah surah yang ke-36 dalam Al Quran. Surah ini terdiri daripada 83 ayat, termasuk surah-surah Makkiyyah yang diturunkan selepas surah Aj-jin. Dinamakan Yassin kerana ianya dimulai dengan huruf Ya-sin.

 

doa tahlil

 

Sepertimana huruf-huruf abjad yang terletak pada permulaan beberapa surah Al Quran yang lain, begitulah juga Yassin yang terdapat pada permulaan ayat Surah Yasin ini, iaitu Allah mengisyaratkan bahawa sesudah huruf tersebut akan dikemukakan hal-hal yang penting antara lain: Allah bersumpah dengan Al Quran bahawa Muhammad SAW benar-benar seorang rasul yang diutus-Nya kepada kaum yang belum pernah diutus kepada mereka rasul-rasul.

Menurut sebuah hadis, Surah Yasin dinamakan Mub’mah (pemberi berita baik) di dalam kitab Taurat kerana ia mengandungi manfaat kepada pembacanya dalam kehidupan dunia juga akhirat, seperti menghindari penderitaan dunia akhirat dan juga menjauhkan kedahsyatan kehidupan akhirat.

Surah Yassin juga dikenali sebagai ‘Rafi’ah Khafidah’ iaitu yang mengangkat darjat orang-orang yang beriman dan menurunkan darjat orang-orang yang ingkar (tidak beriman). Sebaik-baiknya kita digalakkan membaca Surah Yasin selepas solat Dhuha. Insya Allah akan terbuka seluas-luasnya peluang dan rezeki melimpah ruah tanpa disangka.

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

“Bacalah surah Yasin kerana ia mengandungi keberkatan.”

Iaitu:

  1. Apabila orang yang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.
  2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
  3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
  4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
  5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
  6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
  7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
  8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
  9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
  10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

Kelebihan Yassin Dan Tahlil .

SOALAN :

Apakah Hukum memperbuat kenduri 3hari, 7 hari, 14 hari, 40 hari dan 100 hari di rumah arwah?

JAWAPAN:

Ini jika dijadikan sebagai sedekah bagi orang-orang mati dan hadiah tahlil adalah harus dan jika berhimpun mengikut sebahagaimana yang diperbuat orang zaman sekarang tidak ada diperbuat oleh orang-orang Islam Zaman dahulu. Ulama’ telah berkata pada memperbuat makanan kerana orang-orang yang melawat iaitu bid’ah tidak mustahak. Ibn Hajar berkata iaitu bid’ah yang makruh iaitu tidak haram.

Rumusan Yassin Dan Tahlil

Adapun tahlil yang dilakukan hari ini bukan bagi orang-orang yang melawat kerana dihadiahkan tahlil dan doa kepada orang mati, maka yang zahir adalah tidak mengapa, oleh sebab itu telah memfatwakan setengah Ulama’ seperti yang tersebut dalam kitab At-Tuhfah iaitu sah wasiat dengan memberi makan orang yang melawat kerana orang mati dan diluluskan wasiat itu daripada satu pertiga si mati dan ia telah menyalin daripada imam-imam menurut sebagaimana yang tersebut itu maka jika mengadakan makanan bukan kerana orang yang melawat tetapi bagi orang-orang yang bertahlil dan berdoa tidak mengapa menurut atas yang zahir dan ini terlebih aula hukumnya sah.” Wa’allahu’alam…

Walau bagaimanapun, kami pihak ezytahlil.com membantu dan memudahkan urusan bagi pewaris yang kehilangan orang tersayang dan ingin menghadiahkan hadiah terakhir bagi tersayang dengan melaksanakan majlis tahlil yang ringkas dengan pengurusan pihak kami berurusan bagi pihak tahfiz. Anda boleh melayari web kami www.ezytahlil.com atau sebarang pertanyaan boleh hubungi terus di talian whatsapps.

 

ARTIKEL BERKAITAN

panduan doa tahlil lengkap

Panduan Doa Tahlil Lengkap

Pengenalan Panduan doa tahlil lengkap ini adalah bersumberkan dari Kitab Majmu’ Syarif. Semoga susunan zikir, tahlil, dan doa tahlil berikut ini dapat bermanfaat bagi pembaca

Info Lanjut »
DOA TAHLIL ARWAH

Doa Tahlil Arwah

Doa Tahlil Arwah Disini diterangkan mengenai pahala bagi doa tahlil kepada si mati dan menjelaskan yang sedekahkan doa tahlil pada arwah adalah perkara yang baik

Info Lanjut »
TAHLIL RINGKAS

Cara Daftar Tahlil Ringkas

Cara Daftar Tahlil Ringkas Melalui EzyTahlil Ikuti artikel cara daftar tahlil ringkas melalui Ezytahlil seperti berikut: Bermulanya pada tahun baru 2022 satu perkhidmatan pengurusan majlis

Info Lanjut »
× Perlukan Bantuan ?