Isi Kandungan
Doa Tahlil Arwah
Disini diterangkan mengenai pahala bagi doa tahlil kepada si mati dan menjelaskan yang sedekahkan doa tahlil pada arwah adalah perkara yang baik dan dibenarkan dalam islam
(Dengan nama Allah, segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)
Disediakan oleh Jabatan Mufti Kerajaan
Amalan menziarahi kubur merupakan suatu amalan yang biasa dibuat oleh masyarakat kita terutama pada musim bulan Ramadan dan Syawal. Antara tujuan orang menziarahi tanah perkuburan ialah untuk mendoakan serta menyedekahkan pahala bacaan ayat-ayat suci al-Qur’an dan pahala bacaan zikir-zikir seperti tahlil, tasbih dan selawat kepada ahli keluarga yang sudah meninggal dunia.
Ini kerana apabila manusia meninggal dunia akan terputuslah pahala amalannya sebab setiap manusia tidak akan berhak apa pun selepas kematiannya melainkan balasan amalan yang dilakukannya semasa dia hidup di dunia. Nabi bersabda yang maksudnya:
“Apabila seseorang mati, maka terputuslah daripadanya amal kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak yang soleh yang mendoakannya.” (Hadis riwayat Muslim)
Rahmat Allah itu sangat luas, orang yang sudah meninggal itu masih saja dapat menerima rahmat Allah selepas kematiannya kerana Allah boleh mengampunkan dan melimpahkan rahmatNya kepada siapa sahaja yang dikehendakiNya. Firman Allah yang tafsirnya:
“Allah menentukan pengurniaan rahmatNya kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan Allah mempunyai limpah kurnia yang besar.” (Surah Ali-‘Imran: 74)
Secara umumnya terdapat beberapa dalil-dalil yang disebutkan sebelum ini, pahala bacaan al-Qur’an dan zikir seperti doa tahlil yang kita bacakan itu akan sampai kepada si mati dengan membacakan al-Qur’an dan tahlil itu di sisinya, atau di atas kuburnya, atau pembacanya meniatkan pahala bacaannya itu kepada si mati dan berdoa setelah membaca al-Qur’an dengan menghadiahkan pahala bacaannya kepada si mati.
Walaupun begitu, tidak dinafikan terdapat pandangan yang agak tegas mengatakan segala pahala bacaan itu tidak akan sampai kepada si mati kerana setiap anak Adam hanya bersama dengan amalan masing-masing. Namun, Ustaz lebih bersetuju dengan pandangan mengatakan pahala bacaan boleh sampai kepada si mati dengan izin Allah SWT seperti pandangan jumhur Mazhab Shafi’e dan kebanyakan Mazhab Maliki.
Rumusan
Dengan kekangan masa dan ketetapan sop pada masa kini memberikan kita kesedaran bahawa doa tahlil dan majlis tahlil harus dijalankan mengikut pada peraturan yang ditetapkan jadi dengan melayari ezytahlil.com dan mengisi borang permohonan, anda dapat menyempurnakan hadiah terakhir kepada insan tersayang.
Terima Kasih